Friday, 5 January 2018

MASALAH

MASALAH

Sik ada masalah,
jangan carik masalah,
mun ado masalah,
janganlah ditambah masalah.
mun tengah resah dan gundah,
adanya Allah tempat berserah,
jangan sesekali menurut amarah yang marah.
sebelum arah dan akidah goyah dan berubah.

ah! Merah darah yang bak api menyimbah,
sumpah seranah dicanang syaitan iblis yang dari jiwa bermadah,
esmu berubah, kesumat berumah,
mengundang puput angin bala musibah,
Jangan sampai langkah bedebah mengundang petaka bak air bah.

Hadapilah masalah dengan sembah pada Allah,
tiadalah diri rebah menjadi korban dan arwah,
Doa ditadah dalam santun diri yang rendah,
Menangkis musibah,
Gah melangkah kelak ke rahmatullah penuh maruah insaniah.

Jangan marah,
kelak neraka berumah,
Tawakal dan berserah,
Tenang dan tabah kunci pintu syurga yang terserlah,
Lidah disebalik Al Kautsar bertitah,
Makrifat terpanah membongkar rahsia amanah.
Dari doa ke telapak tangan si Kudrat Allah.

Diri kita yang unggul dibakar usah,
Kepadanya jua apa yang sudah lalu berserah.
Hadapi dengan gagah dan tabah,
Masalah pasti goyah dan takut tunduk menyembah.
Hanya sebaik- jalan serahkan pada Allah.

5 Januari 2018
Azlan Rumadi.

AL-FATIHAH : MAYAT ABANG HAIKAL, MANGSA SERANGAN BUAYA DI KAMPUNG DIT DEBAK, BETONG BERJAYA DITEMUI.

AL-FATIHAH : MAYAT ABANG HAIKAL, MANGSA SERANGAN BUAYA DI KAMPUNG DIT DEBAK, BETONG BERJAYA DITEMUI.

Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga kepada mangsa serangan buaya di Kampung Dit Debak Betong.Abang Haikal yang berusia 13 tahun sebaik mendapat khabar mayat Allahyarham telah berjaya ditemui pada kira kira jam 10. 45 pagi tadi, 10 KM dari lokasi mangsa disambar buaya. 

Setelah mengharungi pencarian yang masuk hari ketiga, pasukan pencarian dan penyelamat yang terdiri dari Pasukan Bomba Dan Penyelamat , PDRM dan penduduk kampung berjaya menemui mayat mangsa.

Menurut kepada saksi lokasi menyatakan mayat mangsa ditemui pada jam 11.00 pagi tadi ketika buaya yang dipercayai buaya yang menyambar mangsa sedang melahap mayat mangsa.

Mayat telah dibawa keluar dari lokasi dijumpai dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan bagi menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum laporan dikeluarkan dan seterusnya bagi urusan pengembumian.

Takziah kepada keluarga mangsa dan bersabarlah menghadapi ujian dari Allah swt ini.

Kita sama sama sedekahkan kepada Al Fatihah kepada  Allahyarham Abang Haikal Bin Abang Suib.

Peringatan juga ingin disampaikan kepada seluruh penduduk yang mendiami kawasan yang berdekatan kepada sungai mengutamakan keselamatan dan berwaspada selalu supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

5 Januari 2018, Jumaat.

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

KEJADIAN KEMALANGAN DI SIMPANG KE KAMPUNG PUSA, SEORANG PARAH.

KEJADIAN KEMALANGAN DI SIMPANG KE KAMPUNG PUSA, SEORANG PARAH.

Semalam telah berlaku satu kemalangan di simpang jalan masuk ke Kampung Pusa yang melibatkan 2 buah motosikal.

Mangsa mangsa kemalangan yang cedera seterus di rujuk ke Klinik Pusa untuk menerima rawatan.

Namun Info yang di terima menyatakan tiga orang dari mangsa yang berasai dari Kampung Hilir Pusa telah dirujuk ke Hospital Sarikei untuk menerima rawatan lanjut.Bagaimana pun, seorang wanita dan seolah kanak kanak yang terlibat kemalangan dibenarkan pulang setelah menjalani pemeriksaan di unit kecemasan Hospital Sarikei.

Bagaimanapun, salah seorang mangsa Norfiah Binti Junaidi yang berusia 30an mengalami patah di bahagian kaki dan kepala terpaksa ditahan bagi menjalani rawatan lanjutan di Hospital Sarikei.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Kita sama sama doakan semoga  mangsa mangsa cepat sembuh dan sihat.

Kesempatan ini juga pesanan disampkan kepada pengguna jalan raya di Kawasan Kampung Pusa dan juga di kawasan yang lain agar berhati hati dan bersama-sama kita menjaga keselamatan sesama kita dijalan raya.

Para penunggang dinasihatkan agar jangan menunggang dengan laju dan merbahaya.Sekiranya hendak keluar dari  simpang, hendaklah memberikan isyarat dan melihat kiri dan kanan.

Kita memohon kerjasama supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan dan tidak berulang.

5 Januari 2018,Jumaat

I LOVE PUSA
www.azlanrumadi.blogspot.my

IBU

IBU
Namoku Payjai

Ibu...
Ingin  aku memelukmu
Ingin ku lafazkan sayang
Inginku ucapkan terima kasih
Walau ku sering membuatmu sedih
Cinta dan kasih sayangmu tetap utuh
Buat anakmu

Ibu...
Maafi anakmu ampuni dosa anakmu
Di atas kesalahanku
Tidak pernah buatmu membenciku
Begitu tabah dan sabarnya dirimu
Melayani kerenah anakmu

Ibu...
Dalam dunia penuh dugaan dan cabaran
Menghadapi liku dan kesulitan hidup
Engkau mengajariku
Berjuang untuk terus hidup

Ibu...
Tidak ada galang gantinya
Tidak ada yang bisa menandingimu
Tidakku bisa membalas segala jasa budimu
Keranamu sungguh mulia
Kerana dirimu sungguh murni
Insan agung dan teragung bagiku
Engkaulah Ibuku
Terima kasih ibu

Namoku Payjai
Ibuku Hjh Rafiah bt Hj Adenan
05 Disember 2018, Jumaat

SUNGAI RIMBAS, BUAYAMU KIAN MENGGANAS! ( DALAM MENGENANG MANGSA KE-4)

Sungai Rimbas, buayamu kian mengganas!
(dlm mengenang mangsa ke-4)
_____________
Cikgu Justi Amban

Tangis pecah lagi
di laman daerah terpencil ini
satu demi satu
direntapnya
lemas dan hilang di bawah arus
dan nantinya tahlilan bersambung lagi

Sungai Rimbas
yang dulu cukup mesra
dengan udang dan baung
berisi manis
dengan sembilang dan bulu
lemak dan lembut
kini sungai ini
bagai lubuk yang ngeri
si bedal timbul sesukanya
menunggu mangsa
yang terleka.

Siapakah yang seterusnya
direntap ke dasarmu?

hja
serambipuisi
050118saratok.

Nukilan : cikgu Justi Amban