Tuesday, 28 April 2015

BLOG I LOVE PUSA KE PERINGKAT ANTARABANGSA



Mungkin ramai yang masih tidak percaya kalau saya mengatakan bahawa blog I LOVE PUSA ini sedikit sebanyak mendapat perhatian sehingga ke peringkat antara bangsa sehingga mereka melihat gambar di atas.

Memang tidak dinafikan sebahagian pelawat dan pembaca adalah daripada Malaysia.Namun siapa sangka terdapat pelawat dari luar negara yang turut membawa blog I LOVE PUSA walaupun kita hanya sebuah Kampung yang kecil  dalam peta dunia.


Malah semenjak dilancarkan blog ini telah berjaya menarik 6601 pembaca dari seluruh dunia dan angka tersebut masih meningkat sehingga ke hari ini.

Apabila menyedari perkara ini menjadikan saya seorang yang lebih bersemangat untuk menulis apa sahaja berkenaan dengan perkembangan semasa DAERAH KECIL PUSA.Setakat ini yangs aya kongsikan sehingga ini sambutan pun agak menggalakkan.

saya berharap di masa akan datang kita akan dapat mengongsikan banyak lagi berkenaan DAERAH PUSA ini. Malah saya mengalu - alukan mereka yang dari kampung sekitar termasuk Kampung Dato GODAM,TAMBAK, SERABANG, TUIE, SUPA MEDANG,BELADIN, SEMARANG,SPINANG,MALUDAM  dan lan - lain untukberkong cerita yang boleh kita kongsikan kepada seluruh dunia.InshaAllah.


#22 PANCING MANIA


MAT SULAIMAN DENGAN HARUAN SIBU

Ceritanya kawan pusing pusing kat Sibu jalan jalan dengan member - member semua.Kemudian jumpa port baik untuk casting.Kawan test drive dulu port  tu ada ikan tak de ikan..Sekali dapat juga..haruan dengan menggunakan umpan HOMEMADE JUMPFROG dengan BUAH SEMANGKA KATANYA.. heheheh..

Mengenai HOMEMADE JUMFROG kalau nak belajar dari cer tanye tuan badan. MAT SULAIMAN <<< KLIK SINI

Apa pun hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. MANA MANA PUN BOLEH... 




#21 PANCING MANIA

 

PENGALAMAN ORANG LAMA

Kali ini giliran otaimenunjukkan hasil pengalaman beliau.Trip ke laut beliau telah berjaya menaikkan pari seberat 9 - 10 kg.Tidak dinafikan pengalaman yang ada pada beliau telah memberikan rezeki besar ini kepada beliau.
 Kepada anak anak muda yang ingin belajar ilmu memancing kelaut boleh lah belajar dari belau.

 Kredit kepada Saudara kita Syabeli Johri yang memuat naik gambar ini dalam GROUP KAKI PANCING PUSA (KPP ) .

 


#20 PANCING MANIA


MANA - MANA PUN BOLEH..

Kalau dah nama kaki pancing dan minat mana - mana pun boleh layan juga kan ? Saya tengok punya tengok kali ni otai kita dengan gengnya cuba port baru.Bagaimana pun saya masih tak dapat mengenal pasti lokasinya.Minggu ni kawan kita ni macam main sebarau je... ehemmmm.....

Anda boleh tanya sendiri dengan sifunya SYABELI JOHRI  <<<< KLIK SINI atau anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti pancing di Kampung Pusa dengan melayari GROUP KAKI PANCING PUSAK (KPP ) yang dibawah kelolaan beliau.

Sekali sekala kalau kalau mempelbagaikan port best jugakkan ? siap pilih pilih lagi.Macam dalam Filem Madu Tiga..minggu ni port lain... minggu depan tukar lagi..selain itu dapat juga menambah dan menguji kemahiran.Pokok pangkalnya nak tak nak belajar dan berusaha memperbaiki pengetahuan diri je.

Apa pun terbaiklah Saudara - saudara kita ni.

KAKI PANCING SELAMANYA..





Wednesday, 22 April 2015

SUATU ZAMAN..AKU, SUNGAI,JARING DAN IKAN BULU


Mungkin ramai yang pelik dengan tajuk kali ni....Kali ni tiba - tiba teringat pulak suatu masa dahulu.Zaman di mana saya duduk kampung dan tak pernah keluar lagi keluar dari kampung pada masa itu.Boleh dikatakan saya seorang "kampung boy' sangat pada masa itu.Tapi tak pernah lekang dengan aktiviti harian yang dijalankan.

IKAN BULU ? ADA APA DENGAN IKAN BULU ?

Mungkin ramai yang tertanya kenapa dengan gambar ikan bulu ini.Macam ni. Semasa saya duduk dekat kampung dulu teringat dengan aktiviti menjaring ikan bulu bersama dengan arwah atuk.kadang - kadang kalau ayah saya ada balik ke kampung.Ayah saya yang akan membawa saya menjaring ikan bulu ini.Turun dari pagi sampai petang.Siap dengan bekal menjaring rezeki dekat sungai merupakan asam garam hidup di kampung.Kadang - kadang bukan setakat ikan bulu yang dapat,malah ikan lain seperti ikan lundu dan belukang pun ada sekali.Kebiasaan kami mula menurunkan jaring dari Kawasan Kampung Kalok sampai ke Kampung Lot.Dengan menaiki perahu yang dikayuh dengan tangan kami meraih rezeki sampai ke petang.

Banyak perkara yang masih diingat dan dikenang - kenang sampai sekarang.Kadang - kadang bila cuaca tak menentu terpaksa belindung di anak sungai yang berdekatan.Tapi itulah lumrah sebagai orang kampung yang tetap menjadi darah dan daging dalam tubuh ini sampai bila - bila.

Semenjak zaman dah modern dan saya pun dah bekerja di bandar,Sekali - sekala rindu juga dengan aktiviti di kampung seperti dulu.Walaupun kini sudah berada di negeri lain namun saya sebagai yang dibesarkan di kampung tetap takkan dapat jauh dan lari dari aktiviti kampung.Walau apa pun.

ASAL DARI KAMPUNG...