Monday, 10 December 2018

KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH KEDIAMAN DI KAMPUNG HILIR PUSA


KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH KEDIAMAN DI KAMPUNG HILIR PUSA

Awal pagi semalam telah berlaku satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kediaman di Kampung Hilir Pusa.Kebakaran yang berlaku pada awal pagi ketika penduduk kampung sedang tidur mulanya tidak disedari sehinggalah salah seorang penghuni rumah menyedari api yang makin marak dan seterusnya meminta pertolongan orang ramai.

Salah seorang penduduk bertindak membunyikan beduk untuk membangunkan penduduk kampung serta untuk membantu bertindak mengawal api kebakaran bagi mengelakkan api kebakaran merebak ke kawasan lain sementara pihak bomba sampai di tempat kejadian untuk menjalankan kerja mengawal dan memadam api kebakaran.

Setakat pagi tadi tidak kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian kebakaran tersebut. Namun masih menunggu laporan penuh atau rasmi dari hasil siasatan pihak yang bertindak termasuk Pihak dari Jabatan Bomba dan pihak Polis.

Kita sama- sama doakan semoga keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah kediaman ini tabah dan dipermudahkan urusan.

 







I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

Monday, 5 November 2018

SYABAS BUAT TEAM SINARAN BARRACUDA DI ARENA REGATTA SARAWAK 2018



SYABAS BUAT TEAM SINARAN BARRACUDA DI ARENA REGATTA SARAWAK 2018

Regatta Sarawak telah menutup tirai perlumbaannya pada petang kelmarin di mana Raja Sungai Regatta Sarawak 2018 dimenangi oleh pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai. Namun Begitu penglibatan wakil tunggal pasukan dari Kampung Pusa tidak kurang hebatnya pada kemuculan sulung Pasukan Barracuda yang berkerja sama dengan pasukan Sinaran dari Kampung Sejijak haruslah mendapat pujian atas semangat kesukanan dan kesungguhan yang di pamerkan sepanjang perlumbaan.

Tidak dinafikan perlumbaan di arena Regatta Sarawak yang menghimpunkan pasukan pasukan yang berpengalaman memberikan ianya satu pengalaman yang sangat bermakna untuk menyemak kembali prestasi untuk diperbaiki pada masa hadapan.

Sungguhpun begitu Pasukan Sinaran Barracuda mampu meraih beberapa piala diperingkat saringan dan ini menunjukkan satu pencapaian yang harus dibanggakan selaku muka baru yang mencoba keupayaan diperingkat Regatta Sarawak.

Kita tetap berpuas hati pulang dengan semangat yang tinggi. Walaubagaimanapun bagi yang menonton perlumbaan akhir Bidar 30 Pekayuh Akhir sebahagian dari pekayuh pasukan kita nampaknya bekerjasama dengan Pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai untuk sama sama merentap dan bersaing di pentas akhir memerah keupayaan bersama barisan pasukan lain yang bersama - sama menguatkan pasukan yang bertanding.

5 Buah Bidar Yayasan Sarawak yang berentap di Perlumbaan Akhir Pekayoh 30 lelaki membariskan pekayoh dari Puteri Dang Balai, Cahaya Putri Ruai dari Sebuyau, Barracuda dari Kampung Kalok Pusa, Darahmuda Dari kampung Hulu Pusa dan beberapa Pekayoh dari Pasukan yang lain dan akhirnya memberikan kemenangan kepada Puteri Dang Balai yang menjulang Piala Kejuaraan Piala TYT Negeri Sarawak yang sekali gus memberikan gelaran Raja Sungai Regatta Sarawak 2018 pada tahun ini.

Kalah menang memang adat perlumbaan namun apa yang penting adalah pengalaman  yang dibawa pulang untuk menyusun kembali persiapan untuk menghadapi perlumbaan yang seterusnya. Memang diakui bukanlah mudah untuk menempatkan diri di peringkat ini namun pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan Sinaran Barracuda dan Pekayoh - pekayoh dari Pusa pada kali ini wajar di puji dan dihargai kerana telah berjaya membawa dan menaikkan nama Daerah Pusa di persada arena Regatta Sarawak.

Syabas dan tahniah kepada semua.Sampai jumpa lagi di perlumbaan yang akan datang.

#KeboSampeyMpusak.















Monday, 3 September 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH MUTIARA @ TARA BIN HAJI GAY DARI KAMPUNG TENGAH PUSA


AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH MUTIARA @ TARA BIN HAJI GAY DARI KAMPUNG TENGAH PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke rahmatullah Mutiara Bin Haji Gay atau lebih dikenali sebagai Tara dari Kampung Hulu Pusa pada 2 September 2018 Bersamaan 21 Zulhijjah 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 5.00 petang di Hospital Sibu,Sarawak

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang pada petang kelmarin dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada esok hari ini 3 September 2018

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah. 

.Alfatihah.

Saturday, 9 June 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM RA'ET BIN NAWAS @ NGAH IMBON DARI KAMPUNG HULU PUSA


AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM RA'ET BIN NAWAS @ NGAH IMBON DARI KAMPUNG HULU PUSA 

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke rahmatullah Ra'et Bin Nawas atau lebih dikenali sebagai Ngah Imbon dari Kampung Hulu Pusa pada 9 Jun 2018 Bersamaan 24 Ramadhan 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 1.30 petang di Hospital Umum Sarawak. 

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang pada petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada esok hari 10 Jun 2018.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.

Wednesday, 9 May 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM ABADULLAH BIN HAJI JAM @ YEK DARI KAMPUNG HILIR PUSA

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM ABADULLAH BIN HAJI JAM @ YEK DARI KAMPUNG HILIR PUSA.

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Abadullah Bin Haji Jam atau lebih dikenali sebagai Yek dari Kampung Hilir Pusa Pusa pada 9 Mei 2018 Bersamaan 23 Syaaban 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 1.30 pagi di Hospital Jantung Sarawak,Kota Samarahan.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini juga.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.