Sunday 11 March 2018

TEAM BARRACUDA DINOBATKAN MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018 MELENGKAPKAN KEJUARAAN HATRIK BERGAYA.

TEAM BARRACUDA DINOBATKAN MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018 MELENGKAPKAN KEJUARAAN HATRIK BERGAYA.

Pesta Bungin 2018 menutup tirainya pada hari ini dengan berlangsungnya Acara kemuncak iaitu Final Sakai 30 yang menyaksikan perebutan Maharaja Air Pesta Bungin 2018.

Team Barracuda sekali lagi muncul juara sekaligus dinobatkan sebagai Maharaja Air Pesta Bungin 2018 mempertahankan kejuaraan hatrik 3 tahun berturut-turut.
Team yang terkenal dengan slogan keramat " Kebo Sampey Mpusak" tersebut meninggalkan team-team pencabar yang lain seawal perlumbaan dimulakan dan seterusnya mengekalkan kayuhan kencang sehingga penamat.

Team Barracuda pada tahun ini mendapat saingan yang sangat hebat dari team team pencabar yang lain yang mengerah sehabis keringat dengan pengalaman pengalaman yang tersendiri.

Team Barracuda dalam acara final sakai 30 pada hari ini turut mendapat saingan sengit dari Team Jang Saribas yang mengekori rapat ditempat kedua dan tempat ketiga adalah Team Lang Ganas.Selain itu,team Cahaya Putri Ruai dan Team Wali Putih turut memberi tentangan ditempat keempat dan kelima.
Arus Sungai yang deras merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dari setiap team yang berentap selain dari persembahan dari segi teknikal dan stamina dari semua team yang bertanding.

Team Barracuda ternyata menunjukkan kayuhan bergaya dengan jentera Bidar yang baru pada hari ini dan ini membuktikan prestasi dan persembahan yang mantap dan merupakan pesaing yang digeruni di Sukan Regatta yang mereka pernah pernah pertandingkan.

Syabas dan tahniah kepada team Barracuda yang telah membawa pulang trofi kejuaraan buat kali ketiga.

Tahniah juga kepada Team yang lain Bertanding pada tahun ini dan atas semangat juang dan kesukanan yang tinggi ditunjukkan sepanjang berlangsungnya acara pada tahun ini.

Keputusan Penuh
MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018.
FINAL SAKAI 30
1. Barracuda.
2.Jang Saribas.
3.Lang Ganas
4.Cahaya Putri Ruai.
5.Wali Putih.

Semoga berjumpa lagi di Pesta Bungin yang akan datang.

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my


















No comments: