Wednesday, 7 January 2015

NGGOANG OH NGGOANG !

http://ilovepusa.blogspot.com/ 


NGGOANG | mungkin agak lucu akan persoalan ini."Nggoang" pada panggilan 

masyarakat tempatan di sekitar DAERAH KECIL PUSA.tetapi secara peribadi saya masih tidak mengetahui nama saintifik haiwan yang meyerupai ketam dan kala jengking ini.Cuma haiwan ini taklah mempunyai bisa seperti kala jengking.Malah menjadi makanan yang sungguh sedap untuk penduduk sekitar Daerah Kecil Pusa.Walaupun bunyinya agak eksotik.

Apa yang paling menarik,sebilangan masyarakat di Daerah Kecil Pusa percaya bahawa dengan memakan haiwan ini mampu mengubati penyakit lelah atau asthma.Lazimnya haiwan ini mudah untuk didapati semasa air pasang besar.Sekiranya rajin anda boleh memperolehi sebaldi penuh semasa air pasang besar.

Namun begitu masih ramai yang menganggap haiwan ini jarang ditemui sedangkan saya secara peribadi di besarkan dengan haiwan ini di Kampung Pusa,Betong Sarawak.Walaupun saya sampai hari ini masih tidak mengetahui nama saintifik yang sebenar atau nama haiwan ini dalam Bahasa Malaysia kerana saya di besarkan dengan memanggil haiwan ini."NGGOANG".Bunyinya agak pelik tetapi itulah kenyataannya.

Jika ada rakan pembaca yang mempunyai maklumat yang lebih detail mengenai haiwan ini dipersilakan mampir untuk pengetahuan kita bersama.


No comments: