Tuesday, 31 October 2017

SEGMENT " BINCANG - BINCANG PAGI TOK" OKTOBER 2017


Pada beberapa hari lepas saya sempat bertanyakan beberapa persoalan secara terbuka di dalam salah satu Group dalam Facebook , Saribas Global yang merupakan antara salah satu group yang sangat aktif dalam membincang mengenai isu - isu semasa dan permasalahan rakyat dari sudut politik dan banyak lagi aktiviti.

Selain itu saya ingin berterima kasih kepada pengelola group Saribas Global dan juga pandangan yang berbentuk komen dari ahli - ahli group kepada persoalan yang telah saya majukan.

Persoalan yang telah saya majukan adalah seperti berikut.

BINCANG-BINCANG PAGI TOK.            
29 Oktober 2017,Ahad.

Tidak dinafikan mencukupkan dan memajukan infrastruktur dan kemudahan seperti kemudahan pejabat kerajaan seperti Balai Polis dan pejabat yang melibatkan pelbagai kementerian dan Jabatan adalah sesuatu yang nampak masih kurang dan perlu diambil perhatian di Daerah Pusa bagi memudahkan masyarakat mendapatkan khidmat dan membuat urusan yang berkenaan dgn sektor yang berkenaan.Termasuk dengan sektor kesihatan,ekonomi,kemasyarakatan dan sebagainya.

Selain itu ianya dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam tidak kira dari persekutuan dan kerajaan negeri.

Di samping itu, keperluan untuk membangunkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat juga adalah penting dengan menekankan tentang perkongsian maklumat dan menyediakan latihan dan bimbingan untuk membantu meningkatkan produktiviti masyarakat terutama tahap produk kategori primer atau yang asas seperti sektor pertanian,perikanan yang banyak menyentuh tentang bekalan keperluan asas yang menjadi keperluan asas penduduk tmasuk sawah padi,sayuran dan ikan yang boleh diusahakan dalam pelbagai peringkat dari kecil-kecilan kepada peringkat pasaran yg lebih besar.

seterusnya diikuti dengan pembangunan dari Kategori sekunder yang banyak bgantung dengan sumber mentah dari sektor primer yang saya sebutkan tadi yang mana banyak melibatkan sektor pemprosesan sumber asas seperti yang saya sebut begitu jaga kategori yang seterusnya.

Begitu juga pembangunan dari sektor yang lain seperti pembinaan,kesukanan,penjagaan alam sekitar dan sebagainya turut sama penting.

Kedua dua aspek pembangunan infrastruktur dan modal insan sama pentingnya dalam memacu kemajuan sesebuah daerah atau kawasan.

Saya mengajak dan ingin mendengar pendapat dari semua pihak tidak kira dari penyokong kerajaan dan pembangkang berkenaan dengan langkah -langkah atau point yang boleh dilakukan di Daerah Pusa atau Saribas bagi penambahbaik Struktur dan Persekitaran di Daerah Pusa atau Saribas untuk menjadikan Daerah Saribas lebih kondusif dan efektif di masa yang mendatang.

Nanyak pendapat ajak.Terima kasih atas pendapat yang akan diberik.  
. 
Dalam persoalan yang saya majukan seperti di atas saya telah menerima respon yang amat baik dari beberapa orang individu yang memberikan pandangan yang akan saya garis seterusnya nanti.

1.   Pembinaan Mini Stadium atau komplek sukan. Memang tidak dinafikan masih terdapat kekurangan dari segi prasarana rekreasi seperti stadium atau komplek sukan yang mana amatlah penting bagi amasyarakat di Daerah Pusa untuk menjalankan aktiviti riadah seperti jogging, bersenam dan bersukan.Selain itu ianya boleh dijadikan venue penganjuran sukan - sukan tertentu di pelbagai peringkat serta kegunaan program - program lain seperti pertandingan bola sepak misalnya yang merupakan antara acara yang sering mendapat perhatian di mana - mana peringkat penganjuran.Diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan ini untuk di masa yang akan datang dengan membuat perancangan demi kebaikan semua penduduk di Daerah Pusa.

2. Isu masalah air juga turut mendapat perhatian.Tidak dinafikan Isu masalah air merupakan isu yang sangatlah penting memandangkan bekalan air bersih merupakan satu keperluan yang sangatlah penting untuk penduduk menjalankan kegiatan harian.Pada tahun ini dan sebelumnya kerajaan telah merancang beberapa langkah yang mana masih dalam tempoh pelaksanaan termasuk membuat sistem sambungan air dari Loji Rawatan Air Kaki Wong ke Daerah Pusa. Diharapkan proses ini dapat dipercepatkan memandangkan kemelut permasalahan air ini telah terlalu lama dihadapi di oleh Penduduk di Kampung Pusa dan Kampung yang sekitarnya.Kita sama - sama doakan pelaksanaan projek ini berjalan lancar.

3.Infastruktur Bangunan Jabatan Kerajaan turut diambil perhatian.Seperti yang dilihat Bangunan Kerajaan di Pusat Daerah Pusa masih belum mencukupi dan juga masih berada dalam keadaan yang agak kurang  teratur.Seperti Balai Polis yang menumpang di Bangunan Pejabat Daerah Pusa.Selain itu pandangan turut mencadangkan supaya di bina lebih banyak bangunan kerajaan dibangunkan bagi melengkapkan keperluan untuk berurusan dengan Jabatan - jabatan kerajaan lebih - lebih lagi Pusa yang baru sahaja di angkat sebagai Pusat Daerah untuk Daerah Pusa memerlukan satu bentu perancangan untuk membangun dan membentuk infrastruktur yang mencukupi untuk kepentingan penduduk dalam menjalankan sesuatu urusan dengan jabatan kerajaan.Kita boleh mengambil contoh seperti di Betong dan Juga sebahagian Daerah di Saratok yang mana mempunyai bank yang mencukupi serta pejabat - pejabat dari Jabatan peringkat Persekutuan dan negeri.Dalam pada itu, Daerah Pusa merupakan salah satu kawasan yang diduduki oleh masyatakat Melayu.Oleh itu, pembangunan yang berkenaan dengan urusan bumiputera seperti tanah adat juga harus diberi perhatian.


4. Pandangan turut menyatakan bahawa Kampung Pusa yang merupakan Pusat Daerah adalah terletak di satu lokasi yang sangat strategik.Seperti yang semua ketahui Kampung Pusa terletak di tengah - tengah empat jalan perhubungan iaitu

i. Pusa Main Road ke Pan Borneo
ii. Jalan Pesisir Laut Ke Kuching ( Lalu Beladin )\
iii. Jalan Pesisir Ke Kabong - Sarikei - Sibu\
iv. Jalan ke Debak-Spaoh - Betong

Keempat - empat jalan yang bertemu di satu Daerah iaitu Daerah Pusa semestinya menjadi Pusa sebagai satu lokasi yang sangat strategik dan pandangan turut menyatakan agar Pusa dapat dimajukan sebagai Bandar Baru di Kawasan Saribas dan Persisiran Sungai Rimbas.Secara tidak langsung ianya juag dijadikan Pusat Sumber Ekonomi,Bahan asas dan pembangunan yang lain yang boleh diberi tumpuan bagi menaikkan Daerah Saribas sebagai satu HUB yang menghubungkan semua tempaty di Daerah Saribas.


 5. Selain dari itu juga saya ingin menambah dengan menambah tapak - tapak perniagaan bagi meningkatkan sumber pendapatan penduduk di Kampung Pusa dan sekitarnya.


Selain dari pada pandangan yang telah diberikan di atas saya juga mengalu - alukan pandangan dalam pelbagai sudut selagi mana yang saya dapat kongsikan.


Terima kasih Penghargaan  juga kepada Saudara Zawawi dan  Arash Syakirin untuk pandangan yang telah diberikan.



I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

No comments: