Tuesday, 31 October 2017

JAMBATAN SUNGAI RIMBAS DAYA TARIKAN TERBARU DI DAERAH PUSA


JAMBATAN SUNGAI RIMBAS DAYA TARIKAN TERBARU DI DAERAH PUSA

Alhamdulillah.Jambatan Sungai Rimbas,Pusa yang bakal merubah wajah Daerah Pusa.Penantian penduduk di Daerah Pusa yang menambahbaik keperluan infrastruktur perhubungan yang sedia ada kepada yang lebih berimpak dalam merubah persekitaran kehidupan masyarakat di Daerah Pusa.

Jambatan Sungai Rimbas ini juga bakal menjadi tarikan baharu di Daerah Pusa terutama Kampung Pusa yang turut dihubungkan ke Pasar atau Pekan Pusa dengan adanya jambatan ini.Ini juga semestinya memanfaatkan jalan perhubungan yang akan menyatukan Kampung Pusa dengan kampung - kampung yang lainnya.

Penduduk di seluruh Daerah Pusa semestinya meraikan jambatan ini yang mana dinantikan sekian lama kerana ianya akan memudahkan lagi aktiviti harian penduduk di sekitar Daerah Pusa.

Terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan jambatan ini termasuk Wakil Rakyat,kontraktor dan masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan projek ini.

Syukur ke hadrat Ilahi atas rahmatNya kerana jambatan ini dapat disiapkan tanpa mengorbankan jiwa walaupun telah berlaku beberapa kejadian yang agak menggemparkan.

Tidak lupa juga doa dari segenap masyarakat di seluruh Daerah Pusa serta sokongan moral yanga mat baik yang ditunjukkan oleh segenap lapisan masyarakat di Daerah Pusa.

Seterusnya juga kita sama sama menjadikan kejayaan ini sebagai batu loncatan untuk kita melangkah ke arah kemajuan yang jauh dari pelbagai aspek.

Semoga Allah merahmati dan memberkati selalu.

Jangan lupa selfie atas jambatan kedong ea gik baru yo ok.hehehe.

Kredit gambar Nor No.






I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my



No comments: