PERASMIAN JAMBATAN TANDANG SARI YANG DISEMPURNAKAN OLEH KETUA MENTERI SARAWAK , YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN HAJI ABANG OPENG.
Jambatan Tandang Sari merupakan nama rasmi yang diberikan kepada Jambatan yang baru dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Datruk Patinggi Abang Haji Abdul rahman Zohari Bin Haji Abang Openg pada satu Majlis Perasmian Jambatan Tandang Sari yang berlangsung meriah pada hari ini di Dataran Tandang Sari.
Turut hadir dalam Majlis Perasmian Jambatan tandanmg Sari tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Doughlas Unggah Embas, Meteri Wanita dan juga Ahli Parlimen Batang Lupar iaitu Dato Sri Hajjah Rohani Karim dan Menteri Kerja Raya Datuk haji Fadillah Yusuf.
Jambatan Tandang Sari diambil bersempena dengan nama Dayang Esah Tandang Sari yang merupakan Nama salah seorang yang sangat penting dalam sejarah Kerajaan lama Saribas pada suatu ketika dahulu.
Jambatan yang menelan belanja kos 47 Juta itu telah di siapkan pada sepenuh nya pada bulan November yang lepas.
Jambatan Tandang Sari ini semestinya dinantikan oleh penduduk Daerah Pusa dan sekitarnya khususnya kerana ianya berjaya menyatukan dua kawasan Pusa lama dengan Pusa Baru. Selaini ianya akan merancakkan kegiatan ekonomi di Kawasan Daerah Pusa selain mengembangkan aktiviti perdagangan bagi meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi penduduk sekitarnya.Selain itu, ianya turut menyingkatkan perjalanan dari kedua - dua kawasan,
Selain itu juga dalam ucapannya isu - isu masalah penduduk yang lain turut di usulkan oleh Dato Sri Hajjah Rohani Karim seperti masalah air, Perumahan yang menekankan isu pembesaran kawasan kampung. Peranangan pembinaan Jambatan di Tanjunglilin turut disebut dalam ucapan beliau.Seterusnya beliau mengusulkan peracangan untuk menjadikan Daerah Pusa sebagai RTC ( Pusat Transformasi Luar Bandar ) yang akan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di Daerah Pusa.
I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com
No comments:
Post a Comment