Wednesday, 20 August 2014
KAMPUNG PUSA : Di Sini..Segalanya..
Jika diberikan ruang....
aku maok betah sitok...
Kerana disituk tanah lahirku..
aku membesar dan bermain di situk..
Derasnya kelok sungei..
ciap burung dan
bau tanah apong...
Ikan terubok..gula apong..
ikan buntal..
Semuanya di sini...
Tanah permai tuk yang akan tetap dalam hati dan sanubari..
Walau sejauh mana kaki ku melangkah pergi..
Tapi hati dan cinta ini membawa aku kembali...
Di sini..
Dalam kerdil dan kecilnya Kampung ini..
Ada segalanya....
Dari sejarah Dayang Esah Tandang Sari
Terubok Sungai...
Dan juga Cinta..kasih dan sayang yang disemai
dalam santun jagaan dan timang ibunda ibunda kamek..
Yang muda didik bekerja cari rezeki..
mahu yang berpemandey sik berpemandey..
semuanya di pesan untuk berusaha memerah rezeki alam.
Yang tua berbicara dan berseloroh diserambi..
Berklaka pasal zaman mensia dolok...
Zaman merinsak.. termasok zaman Jepun...
Berkenang - kenang masa yang indah dan suka duka membesar...
zaman gik sekalur gik mudak...
dan pelbagai cerita yang mencuit jiwa...
terkadang membelah senyum bibir pada kenangan memori silam
yang melukiskan pelbagai coretan dalam jiwa dan ingatan..
Di sini juga keselesaanku..
Di Bandar dan rantau lain..
memang penuh dengan kemodenan dan kecanggihan..
Tak seperti kampong kami ini.. serba sedikit sahaja..
Namun ketenangan dan kepuasan jiwa pada kampong ini..
Sikkan dapat dicarik di tempat lain..
percayalah...
Wahai anak anak Kampung Pusa..
Disinilah bermula segalanya..
Pada yang lama merantau.. cari rezeki,cari duit..cari kehidupan..
Pulanglah menjenguk asalmu..
Di sinilah rumah kita..
Tempat kita bersama - sama.
Di sini..
Segalanya..
KAMPUNG PUSA,BETONG,SARIBAS.
PEMANDANGAN CANTIK KETIKA SENJA DI KAMPUNG PUSA BETONG SARAWAK
PEMANDANGAN CANTIK KETIKA SENJA DI KAMPUNG PUSA BETONG SARAWAK
Kali tok kamek nak kongsikan dengan kitak semo pemandangan diwaktu senja di kampung tercinta kito..Kampung Pusa.
Dalam perjalanan dari Pasar nak pulang ke Kampung Hilir..Jeti Pasar Lamak... kamek sempat mengambil beberapa gambar walaupun sik lah macam gambar professional tapi bolehlah menjadi ratapan semua..
Siapo madah kampung kito tuk sik ado yang best dan sik ado apo apo? cobo kitak nangga lok pemandangan kampung kito tuk...kacak sik? barangkali rami yang sik ngelalo nak?Sebagus bagus dan sekayo kayo meno urang lain.. kampung kito tuk juak tetap dekat dihati nak?
Sik kiro dari pelusok ni jak anak anak kampung Pusa merantau maok sampai ke US.. mun adolah.... tetap Kampung juak dikuyut.. kampung juak di mato.. kampung juak dikenang terutamo time rami.. urang sepanjang kampung beringgo makan - makan.. mena sik? heheheeh.....
Pemandangan yang ambik dari perahu tambang..
Pelangi muncul menghias langit dari Sebelah Hulu sungai..
Awan senja yang memantulkan cahaya keemasan menyaluti langit biru..
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
Location:
Pusa, Sarawak, Malaysia
PROGRAM PESTA PUSA 2014 BETING MARO
PROGRAM PESTA PUSA 2014 BETING MARO
ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SATU MALAYSIA.
Pada 14 hingga 16 Ogos 2013 telah pun berlangsung PESTA PUSA,BETING MARO yang bertempat di Daerah Kecil Pusa yang di rasmi oleh DATUK AMAR ABANG JOHARI BIN TUN ABANG OPENG dengan penuh meriahnya.Banyak acaro yang kito boleh tangga sepanjang pesta berlangsung.Setelah kali terakhir Kampung Pusa Mengadakan Pesta macam tuk 20 tahun lepas.Alhamdulillah tahun tok dihidupkan kembali.Yang kamek dengar juak acara tuk InshaAllah akan dijadikan Pesta Tahunan Bagui memeriahkan kampong Pusa.
Antara Acara yang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung adalah acara lumba perahu panjang yang libatkan pelbagai kategori.Kategori 20 Pengayuh,25 Pengayuh dan 30 Pengayuh dan pelbagai gik.Disamping yo ado juak acara lumbak bot penambang.
Banyak agik acara lain berlangsung yang turut memeriahkan Pesta Pusa kali tuk..Ado MUKUN...dan BATTLE OF THE BAND.
LUMBA PERAHU PANJANG adalah yang mendapat sambutan dan tumpuan..bukan ajak semasa acara berlangsung.Dari hari sesi latihan agik kito dapat nangga ramai urang beribun di bah Pengkalan untuk tidak melepaskan peluang melihat para peserta mengadakan latihan untuk menyiapkan diri dan pasukan untuk hari perlumbaan yang sebenar.Dari tuo ke biak semuo ngibun dibah pengkalan nak nangga sidak berlatih maok dari Kalok,Kampung Hulu Tengah dan Hilir.
Untuk PESTA PUSA kali tuk kamek sempat berkongsikan beberapa rentetan acara sepanjang 3 hari Pesta diadakan.
Antara peserto yang sigat menjalani latihan pakey hari berlombak.
Penonton setia lumba perauk seawal dari semaso menjalani latihan agik.Steady kaban !
Semasa hari perlumbaan.Hari yang tang semun semun lembap atau hujan sik menghalang orang rami beribun di dibah pengkalan nak nangga urang lombak perauk.
Kelihatan antara peserta yang sedang menuju ke tempat pelepasan atau permulaan untuk memulakan perlumbaan.
POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM ) turut membantu menjayakan pesta dengan mengadakan kawalan di sungai sepanjang perlumbaan untuk memastikan perlumbaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau keadaan yang tidak diingini.TERIMA KASIH PDRM.
Antara wajah - wajah ceria para penonton yang sik melepaskan peluang menyaksikan Lumba Perahu secara lebih dekat dengan menaiki bot penambang.
Suasana ditempat permulaan perlumbaan.Kelihatan para peserta dan penganjur sedang membuat persediaan ditempat permulaan bagi sesi taklimat keselamatan dan penerangan peraturan perlumbaan dan sebagainya.
Patuhi peraturan dan papan tanda..kat sungai pun ada juak oi.. bukan di atas jalan raya jak ada...
Antara bot bot pengiring para peserta yang dating dari jauh.Bot bot macam tok biasanya sebagai tempat berehat.. mengadakan sesi perbincangan dan sebagai logistik untuk mengangkut dan membekal kemudahan kepada peserta disamping digunakan untuk memerhatikan perlumbaan.
Persediaan terakhir sebelum para pelumba dillepaskan.
SEDIA !!!!!!!!!
MULA !!!!! KAYUHHH !!! KAYUHHHH !!! ITU KABARO !!!
Suasana di Grand Stand.
ORANG RAMAI yang terdiri dari penduduk sekitar DAERAH KECIL PUSA dari pelbagai suku kaum dari jauh dan dekat tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan PESTA PUSA 2014.Bak kato urang ramai.. boleh kalah JOM HEBOH... yo baruk eh..
Kito boleh nangga wajah wajah ceria yang mewarnai PESTA 2014 seakan mengalu alukan kedatangan pesta kali tuk setelah 20 tahun lepas adalah kali terakhir Pesta di adakan di Kampung Pusa.
Sik lupak juak para peniaga yang dating dari pelbagai pelusuk turut meramikan juak dengan mengadakan jualan pelbagai barangan termasuk cenderahati..pakaian - pakaian..makanan dan macam macam agik.
Keceriaan dan senyuman.
AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my
Labels:
Betong,
Events,
PESTA PUSA,
PUSA,
SARAWAK
Location:
Pusa, Sarawak, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)
