Wednesday 20 August 2014

KAMPUNG PUSA : Di Sini..Segalanya..


Jika diberikan ruang....
aku maok betah sitok...
Kerana disituk tanah lahirku..
aku membesar dan bermain di situk..

Derasnya kelok sungei..
ciap burung dan
bau tanah apong...
Ikan terubok..gula apong..
ikan buntal..
Semuanya di sini...

Tanah permai tuk yang akan tetap dalam hati dan sanubari..
Walau sejauh mana kaki ku melangkah pergi..
Tapi hati dan cinta ini membawa aku kembali...

Di sini..
Dalam kerdil dan kecilnya Kampung ini..
Ada segalanya....
Dari sejarah Dayang Esah Tandang Sari
Terubok Sungai...
Dan juga Cinta..kasih dan sayang yang disemai
dalam santun jagaan dan timang ibunda ibunda kamek..
Yang muda didik bekerja cari rezeki..
mahu yang berpemandey sik berpemandey..
semuanya di pesan untuk berusaha memerah rezeki alam.

Yang tua berbicara dan berseloroh diserambi..
Berklaka pasal zaman mensia dolok...
Zaman merinsak.. termasok zaman Jepun...
Berkenang - kenang masa yang indah dan suka duka membesar...
zaman gik sekalur gik mudak...
dan pelbagai cerita yang mencuit jiwa...
terkadang membelah senyum bibir pada kenangan memori silam
yang melukiskan pelbagai coretan dalam jiwa dan ingatan..

Di sini juga keselesaanku..
Di Bandar dan rantau lain..
memang penuh dengan kemodenan dan kecanggihan..
Tak seperti kampong kami ini.. serba sedikit sahaja..
Namun ketenangan dan kepuasan jiwa pada kampong ini..
Sikkan dapat dicarik di tempat lain..
percayalah...

Wahai anak anak Kampung Pusa..
Disinilah bermula segalanya..
Pada yang lama merantau.. cari rezeki,cari duit..cari kehidupan..
Pulanglah menjenguk asalmu..
Di sinilah rumah kita..
Tempat kita bersama - sama.

Di sini..
Segalanya..

KAMPUNG PUSA,BETONG,SARIBAS.



No comments: