Thursday, 12 May 2016



MARKET MAJLIS DAERAH PUSA,BETONG SARAWAK.

Kawasan Pusa yang sebelum ini dikenali sebagai Daerah Kecil Pusa kini dikenali sebagai Daerah Pusa dan mempunyai Majlis Daerah nya yang sendiri.Mengikut persempadanan Daerah Pusa terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan Pusa sendiri yang meliputi Kampung Hulu Pusa, Kampung Tengah Pusa, Kampung Hilir Pusa, Kampung Kalok, Kampung Dato' Godam, Kampung Lot (Dang Esah), Kampung Hulu Tambak, Kampung Tengah Tambak, Kampung Hilir Tambak, Kampung Hulu Serabang, Kampung Tengah Serabang, Kampung Hilir Serabang, Pasar Pusa, Merwang Jaya, Kampung Hulu Beladin, Kampung Tengah Beladin dan Kampung Hilir Beladin.

Market Majlis Daerah Pusa atau dahulunya dikenali sebagai Market Majlis Daerah Betong merupakan salah satu lokasi atau tempat yang penting kepada penduduk menjual pelbagai jenis barangan terutama produk pertanian dan tempatan serta banyak lagi barangan yang lain termasuk ikan dan kuih - kuih tradisional kampung dan pelbagai lagi.

Pada hujung minggu yang lepas saya sempat menjenguk ke Market Majlis Daerah Betong ini bagi meninjau jualan - jualan di sini.Satu perkara yang saya nak maklumkan bahawa penguatkuasaan Majlis Daerah baru - baru ini telah bertindak memperkemaskan tapak jualan ini dengan mengarah semua peniaga untuk menjalankan perniagaan dan jualan di Tapak market yang disediakan berbanding yang sebelum ini kebanyakkan jualan dan perniagaan di jalankan di tepi jalan yang mana agak menganggu lalu lintas.Saya berpendapatan langkah yang diambil ini adalah baik kerana wajah Pasar Pusa juga menjadi kemas dan tersusun dan teratur berbanding sebelum ini.Saya Ucapkan tahniah dan penghargaan kepada peniaga dan penjual yang memberikan kerjasama.


pada satu hujung minggu di Bulan Mei 2016 yang lepas ketika hendak pulang ke Kuching dengan menaiki Van, seawal pagi saya memulakan perjalanan dari rumah sebelum menjenguk suasana di Markey Majlis Daerah Pusa.

Sememangnya ianya memang satu pemandangan yang sangat indah di awal pagi di Kampung Pusa.












Seterusnya saya kongsikan beberapa gambar yang menarik yang dijual di Market Majlis Daerah Pusa ini.Ada Ayam goreng,Sayur,Budu,Cencaluk,Ikn Kering,Rusip,Ikan long,Rempah ratus,Gula Apong,Kuih muih Tradisional,Air minuman dan banyak lagi barang - barang yang terdapat di sini.

Lihat pada gambar - gambar yangs aya kongsikan dibawah.










































AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my



 

0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU

PENGUMUMAN PENTING

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU PUSA

Sekiranya ada cerita yang nak dikongsikan untuk dimuatkan dalam blog I LOVE PUSA. bolehlah menghantar kiriman kepada admin di alamat email.

azlanrumadi ( at ) yahoo.com

jangan malu - malu k.jangan lupa sertakan nama penuh dan kampong di Daerah Kecil Pusa untuk kmk catatkan dalam POST di blog kmk.

Segala sokongan dari Anakjati Kampung Pusa dan semuanya.. Kami ucapkan bebanyak terima kasih dan jutaan penghargaan.

Sekian,Terima Kasih