Tuesday 3 May 2016

BERHATI - HATI DENGAN KEHADIRAN BUAYA DI SUNGAI RIMBAS


BERHATI - HATI DENGAN KEHADIRAN BUAYA DI SUNGAI RIMBAS

 Sungai Rimbas merupakan salah satu sungai yang tidak kurang banyaknya dengan hidupan - hidupan yang pelbagai spesis dari hidupan darat dan hidupan airnya.Ini termasuk kekayaan sumber perikanan yang menjadi lubuk pendapatan bagi nelayan.Namun terdapat satu hidupan yang sering menjadi kebimbangan masyarakat tempatan di Kampung Pusa khasnya iaitu Buaya.

Jika pada masa dahulu kehadiran haiwan pemangsa ini amat jarang dilihat atau kelihatan namun pada kebelakangan ini kehadiran buaya ini menarik perhatian orang ramai dan ini menjadikan suatu kebimbangan kepada masyarakat tempatan ditambah lagi dengan beberapa siri kejadian yang melibatkan serangan buaya yang sering berlaku seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar - akhbar pada masa yang lalu.

Jesteru adalah dinasihatkan kepada masyarakat di sekitar daerah Pusa untuk berhati - hati dengan kehadiran buaya ini walaupun setakat ini belum terjadi siri serangan haiwan pemangsa ini di kampung Pusa namun langkah - langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini haruslah diambil perhatian.

Selain itu,Notis pepan tanda tentang kehadiran haiwan yang bahawa ini juga telah di diri dan terpampang di jeti ke Pekan Pusa di sebelah seberang haruslah dijadikan ingatan dan panduan.

Paling penting elakkan menghampiri kawasan sungai terutama kepada anak - anak yang sering dilihat mandi di sungai kerana keadaan ini amatlah mengundang musibah yang tidak dijangka.

Bersama kita beringat serta berpesan dan menjaga keselamatan bersama.Semoga kejadian yang tidak diundang dapat dielakkan.






AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my



No comments: