Wednesday 4 May 2016

PERANG POSTER MEMERIAHKAN KEMPEN PRN KE 11 NEGERI SARAWAK 2016 DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK


PERANG POSTER MEMERIAHKAN KEMPEN PRN KE 11 NEGERI SARAWAK DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK

Tarikh 7 Mei 2016 akan menjadi tarikh yang dinanti - nantikan dan menjadi satu tarikh yang amat penting untuk rakyat Negeri Sarawak kerana ianya merupakan tarikh rakyat Sarawak menentukan wakil rakyat di kawasan masing - masing.Tinggal beberapa hari lagi kedatangan tarikh tersebut dinantikan dengan penuh debaran.
Kawasan N .29 Beting Maro menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Parti Barisan Nasional selaku pemegang kerusi pada penggal yang lepas diwakili oleh YBRazaili Haji Gapor dari parti PBB yang ditentang sengit oleh Wakil dari PAS , Hamidah Binti Mokhtar dan Wakil dari Parti Amanah Negara yang diwakili oleh Saudara Andri Zulkarnean Hamden.

Pada hujung minggu yang lepas saya sempat membuat tinjauan dan mengikuti beberapa siri kempen yang semakin rancak dilakukan oleh jentera parti - parti yang bertanding dengan pelbagai cara dan strategi bagi meraih undi dan sokongan rakyat di Beting Maro.

Saya sempat bertanyakan beberapa orang dari Beting Maro terutama di Kampung halaman saya,Kampung Pusa tentang senario kempen yang dijalankan menyatakan beberapa persoalan mengenai permasalahan rakyat seperti masalah air dan pembangunan ekonomi setempat menjadi agenda utama dan diangkat dalam beberapa siri ceramah politik yang diadakan dan semestinya jentera parti politik semakin giat menjalankan kempen - kempen yang diharapkan memberikan keputusan dan kemenangan selepas peti undi dibuka dan dikira kelak.

Sementara itu,apa yang menarik perhatian di sini adalah kemeriahan perang poster yang merupakan sebahagian dari strategi kempen parti - parti politik yang nampaknya sangat meriah dengan jentera - jentera parti mula memasang dan melekat poster serta bendera parti di sepanjang dan kebanyakan lokasi - lokasi startegik.Namun semangat kerjasama yang ditunjukkan dikalangan pekerja - pekerja yang ditugaskan pada pilihanraya ini amatlah dipuji kerana walaupun perbezaan fahaman politik insiden - insiden yang tidak diingini tidak berlaku malah sikap saling membantu dalam bekerja sangat menampakkan pemuafakat.

Ini  jelas menunjukkan kematangan politik yang sangat positif dimana fahaman politik tidak ditimbulkan malah permuafakatan dalam nilai kerukunan dalam kampung yang dijadikan pegangan bersama dalam menjalankan tugas.

Saya sempat membuat tinjauan sepanjang Kampung Hilir,Kampung Tengah dan Kampung Hulu Pusa mengenai persiapan - persiapan yang sedang rancak di jalankan sepanjang jalan utama di Kampung Pusa menyaksikan pelbagai poster dan bendera yang didiri dan ditampalkan demi melaksanakan apa yang terbaik untuk parti politik yang bertanding. 

Namun apa yang diharapkan semoga lebih banyak penambahbaikan yang akan dibawa dan dilakukan tidak mengira siapapun wakil rakyat yang akan memenangi pilihanraya kelak sebagai Wakil yang akan mengutarakan permasalahan rakyat dan meningkatkan pembangunan penduduk di Beting Maro.

Selain itu juga,diingatkan kepada penduduk seluruh di kawasan N29 Beting Maro supaya menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi pada 7 Mei 2016 nanti bagi memilih Wakil Rakyat yang akan mewakili N29 Beting Maro kelak.

Seterusnya saya kongsikan beberapa gambar yang sempat saya ambil sepanjang di kampung pada awal bulan Mei 2016 yang lepas.

May All The Best Win !

 Selamat menjalankan Tanggungjawab anda kepada Negara.






























































Sebahagian dari Pergerakan Wanita Barisan Nasional yang sedang bertugas menggantung Poster dan Bendera semasa kempen Pilihanraya di Kampung Pusa.














Seterusnya saya kongsikan video berikut yang memaparkan kemeriahan perang poster sepanjang kampung Pusa semasa kempen Pilihanraya Negeri yang ke 11 bagi seluruh negeri Sarawak di Kampung Pusa,Betong Sarawak.




AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my



No comments: