Thursday 12 May 2016

BERHUJUNG MINGGU DI BULAN MEI 2016 DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


BEHUJUNG MINGGU DI BULAN MEI 2016 DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Bulan Mei 2016 merupakan bulan yang sangat penting bagi Seluruh Sarawak kerana pada Mei 2016 merupakan bulan mengundi atau lebih tepat berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN ) yang ke 11 bagi Seluruh Negeri Sarawak yang mempertandingkan 82 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri.Saya sempat pulang ke Kampung pada satu hujung minggu pada Mei 2016 yang selepas sebelum waktu mengundi untuk menjenguk kemeriahan perang poster yang sedang berlangsung sepanjang Kempen pilihanraya di jalankan.

Selain itu saya gemar juga untuk menjenguk suasana damai dan indah di kampung.Selain dari suasana alam semula jadinya yang menenangkan banyak perkara - perkara yang membuatkan saya sentiasa ingin pulang ke Kampung termasuk makanan,jiran sebelah menyebelah,suasana semula jadinya dan juga jauh dari kesibukan dan kesesakan kota.

Kawasan kampung kami mungkin tidaklah moden seperti ki kota - kota dan bandar besar namun begitu pemandangannya adalah antara yang sangat bernilai dan berharga dalam jiwa dan hati seorang anak kampung seperti saya.Walaupun jauh beribu batu namun ada kala dan suatu suatu masa jiwa akan merindukan kampung dan suasananya dan pada masa itu hati terasa ingin berada di kampung.

Rumah - rumah,Arus sungai,Kehijauan alam,biru langit dan kehidupan masyarakatnya seperti bercampur dan bersatu dalam diri yang sering membawa hati ingin pulang melepas rindu.Lebih - lebih lagi dengan menjenguk wajah - wajah tua yang sekian lama berdamping dengan kita dari kecil semasa zaman bermain.

Masa - masa hujung minggu yang ada untuk berehat seboleh - bolehnya saya ingin berada di kampung selalu namun apakan daya saya terpaksa menyahut panggilan tugas dirantau orang.Oleh itu,kesempatan berhujung minggu di Kampung halaman saya,kampung Pusa ini dimanfaat sepenuhnya untuk berada di kampung dan dinikmati sebaik - baiknya.

Seterusnya,Biarkanlah gambar - gambar ini berbicara kepada anda semua.

































































No comments: