Wednesday 4 May 2016

KEMPEN PARTI - PARTI POLITIK UNTUK PRN 11 DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK.


 KEMPEN PARTI - PARTI POLITIK UNTUK PRN 11 DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK.

Nampaknya semakin rancak kempen - kempen yang dijalankan oleh Parti - parti politik yang menghantar calon untuk pemilihan wakil rakyat di kawasan N.29 Beting Maro dan ceramah - ceramah politik kian giat dijalankan di sepanjang tempoh berkempen yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya sebelum tibanya tarikh mengundi bagi menentukan siapakah wakil rakyat yang akan di pilih oleh Penduduk di Beting Maro.
CERAMAH POLITIK DARI PARTI AMANAH NEGARA

Pada hujung minggu yang lepas,saya sempat meninjau dibeberapa lokasi Ceramah Politik yang diadakan.Pelbagai program dan aturcara diatur bagi menarik perhatian penduduka kampung.Antaranya program ceramah Parti Politik Parti Amanah Negara yang menjemput penyanyi Aisyah untuk membuat persembahan di Ceramah Politik tersebut.Selain itu turut diadakan cabutan - cabutan bertuah melalui penjualan tiket kepada orang ramai.Upacara kemudian diselangselikan dengan ceramah yang turut menyampaikan dasar dan prinsip pegangan parti sekali gus melaksanakan kempen bagi meraih undi dan sokongan dari penduduk Kampung Pusa khasnya.







Kehadiran penyanyi terkenal  Aisyah yang diundang dan didatangkan dari Semenanjung bagi menghibur orang Kampung Pusa pada Majlis Ceramah Politik dari Parti Amanah Negara pada malam itu.




Persembahan turut di serikan dengan persembahan dari Penyanyi dari Kampung Pusa, Ayahanda Marekan dengan dendangan lagu Klassik.




CERAMAH POLITIK DARI PARTI BARISAN NASIONAL

Parti Barisan Nasional yang merupakan selaku pemegang kawasan N.29 semenjak sepenggal dahulu turut merancakkan kempen mereka dengan mengdakan Ceramah Politik yang bertempat di Kampung Hulu Pusa pada malam keesokannya.Semestinya Parti Barisan Nasional turut mengatur beberapa program dan strategi bagi mempertahankan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah disandang pada penggal yang lalu.

Barisan Nasional turut mengaturkan beberapa aturcara bagi penduduk Kampung yang menghadiri Program Ceramah Politik pada malam itu termasuk juga Persembahan nyanyian dan tarian yang melibatkan beberapa bakat  - bakat dari anak - anak tempatan Kampung Pusa.Selain itu juga Cabutan bertuah juga turut diadakan yang memberikan hadiah menarik kepada pemenang - pemenang pada malam itu.

Program pada malam itu diselangselikan dengan ceramah yang menyampaikan prinsip - prinsip dan pegangan parti dan seterusnya disertakan dengan pengedaran buku " Demi Rakyat Sarawak" kepada orang ramai.


























Selain dari Ceramah Politik dari Parti Amanah Negara dan Barisan Nasional satu lagi Parti yang bertanding iaitu Parti Agama Islam Semalaysia (PAS ) turut menjalankan agenda dan program yang tertentu yang menekankan penyampaian konsep keagamaan kepada penduduk.

Saya sempat bertanya kepada Setiausaha Parti PAS Beting Maro,Saudara Asri dan difahamkan Pasti PAS turut mengadakan beberapa program yang turut merancakkan Kempen mereka seperti mana parti - parti politik bertanding yang lain.

Sama - sama kita menantikan keputusannya nanti.




AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my



No comments: