Monday, 6 June 2016


MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Bulan Ramadhan disambut dengan pelbagai cara samaada dari sudut kemasyarakatan,rohaniah, Islamiah dan pelbagai lagi cara yang dilakukan.Begitu juga halnya di kampung halaman saya, Kampung Pusa.Kebiasaan nya sehari atau beberapa hari sebelum bermulanya berpuasa dibulan Ramadhan akan diadakan Majlis sambutan bagi mengalu - alukan kedatangan bulan Ramadhan yang menandakan bermulanya Rukun Islam yang ke 3 iaitu berpuasa selama sebulan dibulan puasa.

Majlis tersebut akan mengumpulkan penduduk kampung untuk mengadakan bacaan doa dan tahlil kepada ahli - ahli keluarga hadirin yang menyertai majlis.Majlis bacaan doa lazimnya diadakan di Surau dan sesetengahnya mengadakan majlis bacaan di rumah kemungkinan diserta dengan bacaan kesyukuran tertentu atau bacaan doa selamat dan sebagainya .

Selesai Majlis bacaan doa tuan - tuan rumah akan mengadakan jamuan sedekah kepada para hadirin dengan pelbagai hidangan untuk jamuan para hadirin.Apa yang menariknya,hampir setiap rumah di kampung kami yang mana berkemampuan akan mengadakan jamuan terbuka kepada sesiapa sahaja pada hari itu sebagai bersedekah bersempena sambutan kedatangan bulan mulia Ramadhan.


Sedikit ulasan mengenai hidangan yang dihidangkan.Lazimnya hidangan yang dihidangkan mengenakan masakan dari resepi warisan tradisional masyarakat di Kawasan Saribas yang diwariskan dari zaman nenek moyang pada suatu ketika dahulu yang terdiri dari masakan rempah - rempah.Terdapat pelbagai jenis masakan rempah yang diselangselikan dengan masakan yang lain dan juga menu yang lain seperti buah - buahan dan sebagainya.

Adalah menjadi kelaziman masyarakat di Kampung kami untuk mengadakan majlis doa dan jamuan ini dikebanyakan bulan - bulan dan perayaan Islam yang lain seperti sambutan Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul,Aidil Adha dan banyak lagi.Best kan ? Apa yang lebih penting adalah semangat kemasyarakatan di mana sepanjang persediaan, persiapan dan hari berlangsungnya majlis adalah dikerjakan secara gotong royong oleh saudara mara dan jiran - jiran yang terdekat.

Seterusnya saya kongsikan kepada semua sebahagian dari hidangan di sebuah rumah Ayah dan Ibu saudara saya di kampung Pusa yang saya sempat hadiri ketika saya pulang ke Kampung pada hujung bulan Mei 2016 yang lepas.

Macam - macam ada... ada rempah ayam,rempah bebek kampung ( Itik ) , rojak dan banyak lagi.














AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU

PENGUMUMAN PENTING

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU PUSA

Sekiranya ada cerita yang nak dikongsikan untuk dimuatkan dalam blog I LOVE PUSA. bolehlah menghantar kiriman kepada admin di alamat email.

azlanrumadi ( at ) yahoo.com

jangan malu - malu k.jangan lupa sertakan nama penuh dan kampong di Daerah Kecil Pusa untuk kmk catatkan dalam POST di blog kmk.

Segala sokongan dari Anakjati Kampung Pusa dan semuanya.. Kami ucapkan bebanyak terima kasih dan jutaan penghargaan.

Sekian,Terima Kasih

LABELS

Agama Islam Aktiviti AL - FATIHAH Anak Jati Anak Saribas Barracuda Berita Berita Kejayaan Berita Keluarga Berita Kemalangan Berita Kematian Berita Sukan Betong Bincang Bisnes Caster Casting Celoteh Charity Check-in Coretan Daerah Pusa Dari Tinta Anak Saribas Dayang Isah Tandang Sari Debak Education Events Flora Fauna Foods And Drinks And Fruits Gerai Pusa Gurindam Dayang Esah Tandang Sari HARI KEMERDEKAAN Hari Raya Aidilfitri Heritage History Hujung Minggu Ikan Info Trafik Informasi Jalan Raya Jambatan Sungai Rimbas Jambatan Tandang Sari JORAN Kabong Kamek Di Situk Kampung Beladin Kampung Buda Kampung Bungin Kampung Dit Kampung Hulu Pusa Kampung Kalok Kampung Lalang Kampung Maludam Kampung Medang Kampung Pusa Kampung Semarang Kampung Supa Kampung Tambak Kampung Tuie Karya Anak Jati Kebajikan Kejohanan Kemasyarakatan Kenangan Kenangan Lalu Mengusik Jiwa Kerajaan Saribas Komedi Kuching Lagu Sekolah. Larian Lawak Majlis Daerah Majlis Khatamal Quran Majlis Perasmian Majlis Perkahwinan Makanan Dan Minuman Dan Buahan Malaysia Market Majlis Daerah Maulidur Rasul Memancing Udang Menarik Hari Ini MH 17 MH 370 Moment Motivasi N 29 Beting Maro Naturals Naturals. News Nukilan Pan Borneo Pancing Pancing Mania Pandangan Panorama Pasar Malam Pasar Pusa Pemandangan Senja Pendidikan Penulisan Peoples Permainan Tradisional Perniagaan Pesanan Keselamatan Pesta Bungin PESTA PUSA Photography Pilihanraya Poems Politik Program Program Larian Puisi PUSA Ramadhan Regatta Regatta Sarawak Resepi Resipi Ayam Resipi Kuih Sajak Cinta Santai SARAWAK Saribas Sebuyau Sejarah Sekolah Sekolah Kebangsaan Pusa Sekolah Kebangsaan Tambak SK Pusa SK Tambak SMK Beladin SMK Pusa Snakehead Spaoh Sport Sukan Sumbangan Sungai Sungai Pusa Sungai Rimbas Sungai Saribas Supa Terubok Masin Sarawak ThreeSixty Throwback Tinta Saribas Today Is Friday Tradisi Tradisional Traditional Travels Videos Views Warisan Wedding Weekend