Saturday, 30 December 2017

WARGA DUNIA

WARGA DUNIA
Namoku Payjai

Senja berlabuh menjemput malam
Buat warga merehat badan
Tidurlah wahai dunia wahai insani
Tinggalkan sekejap hal duniawi

Terbit mentari di waktu pagi
Kokokkan ayam penyeri dini hari
Penyebab warga bangkit dari mimpi
Bermula semula tanggungjawab insani

Kitaran hidup bagaikan roda
Kejap di atas kejap di bawah
Kepada yang Esa jangan dilupa
Agar hidup sentiasa di dalam naungan-Nya

Sudah menjadi resam di dunia
Hanya yang kaya disembah dipuja
Kerana hina mereka yang papa
Miskin harta dan juga kuasa

Mata menjadi saksi dunia
Hanya yang lemah menjadi mangsa
Yang kuat pula bermaharajarela
Menindas mencengkam hidup yang lainnnya.

Rintih jerih perih sudah tak berguna
Di mata dunia yang penuh kejam
Tiada tempat mengadu lagi
Kepada-Nya jua kita kembali

30 Disember 2017

Nukilan
#NamokuPayjai

No comments: