KESESAKAN JALANRAYA YANG MENGEJUT DI KAMPUNG HULU PUSA.
Hari ini telah berlaku kesesakan jalanraya yang teruk di Jalan Kampung Hulu Pusa apabila kenderaan yang banyak datang dari kedua dua arah jalan raya.
Selain itu,keadaan jalanraya yang sempit ditambah dengan kenderaan yang parking ditepi jalan kerana kekurangan tempat meletak kenderaan juga melambatkan aliran trafik.Lagi lagi apa bila program seperti perkahwinan sedang dijalankan pada ketika itu.
Oleh itu,cadangan dan tindakan dari pihak yang berwajib adalah diharapkan supaya masalah ini dapat dikurang atau diselesaikan.Cadangan bagi melebarkan jalan dan menyediakan tempat letak kereta ( untuk kawasan ) adalah perlu bagi mengurangkan kesesakan di jalan utama kampung pusa.Ini juga bagi menjamin keselamatan orang awam dan pengguna jalan raya pada ketika ini.
Selain itu, bagi program yang sedang dijalankan supaya melantik ahli jawatan kuasa kawalan trafik untuk menjaga lalulintas dan memastikan trafik berjalan seperti yang sepatutnya.
Kerjasama dari semua pengguna jalanraya juga amatlah diharapkan dan dihargai dengan mengamalkan sikap tolak ansur dengan saling memberi laluan kepada pengguna yang lain bagi mempermudahkan aliran trafik
Dijangka keadaan akan bertambah sesak pada musim perayaan yang akan datang.
Admin juga terpaksa menunggu lebih setengah jam pada hari ini untuk melepasi kesesakan jalan raya pada hari ini.
Terima kasih dan penghargaan kepada pihak pihak yang memberikan kerja sama pada hari ini sehingga aliran trafik berjalan seperti yang diharapkan dan juga mereka yang membantu dalam kesesakan pada hari ini.
3 Disember 2017
Ahad
No comments:
Post a Comment