Monday 11 December 2017

LARIAN JAMBATAN PUSA ( LARIAN SANTAI ) BERSEMPENA PERASMIAN JAMBATAN TANDANG SARI, PUSA



LARIAN JAMBATAN PUSA ( LARIAN SANTAI ) BERSEMPENA PERASMIAN JAMBATAN TANDANG SARI, PUSA

11 Disember 2017 merupakan hari dan tarikh yang cukup bersejarah yang merupakan Hari Perasmian Jambatan Tandang Sari yang di Rasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak,  Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Abang Haji Openg atau lebih mesra dengan panggilan Datuk CM Abang Jo.

Bersempena dengan Majlis Perasmian Jambatan Tandang Sari pelbagai program dan acara telah diatur dan disusun bagi memeriahkan Majlis Perasmian tersebut antara antaranya adalah Larian Jambatan Jambatan Pusa ( Larian Santai ) yang di adakan pada sebelah pagi tadi.

Seawal Jam 6.30 Pendaftaran peserta mula dilaksanakan dan persediaan sebelum larian juga dibuat oleh para peserta yang terlibat dalam larian tersebut.

Larian pada hari ini menawarkan 50 Pingat untuk perserta yang terawal menghabiskan larian iaitu 25 pingat untuk lelaki dan 25 pingat lagi untuk perempuan.

Peserta pertama bagi lelaki pada hari ini adalah  Mohd Fakri Amzar Bin Sofian. Manakala pemenang tempat pertama bagi perempuan adalah Nur Anisah Binti Roslan.

Penyampaian pingat dilakukan langsung selepas peserta menamatkan larian yang disempurnakan oleh Setiausaha Sulit YB Datuk Hjh Rohani bt Hj Abdul Karim iaitu En Saifudin Mohd Shah.




PELARI TERPANTAS LELAKI



PELARI TERPANTAS PEREMPUAN


Program larian berakhir pada jam 8.00 Pagi dan berikut kami kongsikan gambar - gambar pada program pada pagi tadi.















































































































































 




































































































































































































































I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my


No comments: