Monday 4 December 2017

PERARAKAN DAN MAJLIS KHATAMAL QURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2017 DI KAMPUNG PUSA.

PERARAKAN DAN MAJLIS KHATAMAL QURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2017 DI KAMPUNG PUSA.

Semalam telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2017 di Kampung Pusa. Majlis Sambutan yang bermula seawal jam 8.30 pagi mulai dengan perarakan yang bermula dari Masjid Rahmaniah Kampung Pusa mengelilingi Kampung Pusa

Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun ini serikan dengan kehadiran ADUN Beting Maro Yang Berhormat Tuan Haji Razaili Gapor, Pemanca Daerah Pusa Encik Rosli Uji, Penghulu Kampung Pusa Encik Awang
Raziee Bin Awang Zain yang turut sama sama peserta perarakan yang juga terdiri dari peserta peserta Khatamal Quran dari Kampung Pusa dan juga paluan Hadrah yang menghidupkan perarakan pada pagi itu.

Selesai perarakan Majlis diteruskan dengan Program Khatamal Quran yang menghimpun 34 orang peserta yang terdiri dari anak anak dari Kampung Pusa yang telah Khatam Quran di Surau Kampung Tengah Pusa.Majlis dimeriahkan dengan kehadiran para ibu bapa para peserta-peserta Khatamal Quran.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua selalu dengan menghidupkan majlis keagamaan dan himpunan jemaah seperti ini.Selain itu Tahniah kepada pihak pihak yang terlibat dalam penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul untuk tahun 2017 ini.

No comments: