Thursday 7 December 2017

PASAR MALAM BERSEMPENA SAMBUTAN PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI RIMBAS PUSA.

PASAR MALAM BERSEMPENA SAMBUTAN PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI RIMBAS PUSA.

Pasar malam bersempena dengan perasmian Jambatan Sungai Rimbas pada 11 Disember 2017 kelak sedang berlangsung meriah dengan pelbagai jualan yang lakukan oleh pengusaha jualan dari pelbagai tempat.

Terdapat pelbagai barangan yang dijual di pasar malam ini seperti pakaian,makanan,aksesori, produk kecantikan dan pelbagai lagi barangan menarik yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.

Admin sempat menjenguk sendiri ke pasar malam ini untuk melihat sendiri barangan yang terdapat dan dijual di khemah khemah jualan disepanjang tapak jualan dan ternyata terdapat pilihan yang menarik.

Selain dari pasar malam ini terdapat banyak lagi program - program yang diaturkan untuk memeriahkan lagi sambutan Perasmian Jambatan Sungai Rimbas yang akan dilangsungkan pada isnin ini nanti.

Selain itu, Daerah Pusa juga akan menyambut ulangtahunnya pada bulan ini juga.

Kepada masyarakat di Daerah Pusa dan sekitarnya dan juga dari jauh dan dekat,Ayuh kita datang beramai ramai ke Pusa untuk meramaikan lagi Sambutan ini.

7  Disember 2017
Khamis.

No comments: