Saturday, 6 January 2018

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI - BAB 8

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI
Nukilan Daud Ahmad

Bab 8.

Selepas kepulangan Datuk Kedit, suasana tenang mulai dirasa Datuk Kadir dan Dayang Anum. Para dayang disuruh Datuk Kadir berada di bilik sebelah anjungan teratak. Hanya Datuk Kadir dan Dayang Anum isterinya berada di bilik khas yang tidak jauh dari kolam, segera Datuk Kadir berkata:

"Wahai adinda sahaya, yang dicintai sepenuh hati, segeralah adinda pergi bersiram tanpa para dayang di sisi, sebab sebentar lagi, senja melabuhkan tirainya,  biarlah kita berdua menghangakan suasana cinta berahi sesama kita untuk mendapat zuriat", tersenyum Dayang Anum mendengar bicara suaminya.

" Baliklah kekanda , buah hati sahaya, sebaiknya biarlah kita bersiram bersama, tanpa adat dan tanpa gurindam para dayang, tenang hati adinda kekanda, cinta kita masih berpadu, walaupun hampir sepuluh tahun bersama tanpa cahaya mata ", Dayang Anum membuat satu permintaan.

"Marilah adinda, yang kucintai sepenuh hati" Datuk Kadir memimpin tangan isterinya menuju ke kolam untuk bersiram,

Hanya kedengaran bunyi cengkerik senja dan deburan air yang disiram  pada waktu itu. Datuk Kadir menggosok badan isterinya dan begitulah sebaliknya. Terasa suasana begitu berahi, seolah-olah ibarat pengantin baru. Datuk Kadir dengan isterinya berasa sungguh syahdu. Kemudiannya mereka berdua masuk ke bilik peraduan. Kesyahduan ketika itu, nengamit senja melabuh tirai malawanganAdindaku, di sini kita akan menguji kebenara kata-kata Pak Maulana dalam mimpi sahaya semasa berada di Istana Tandang Sari dahulu, sudahkan adinda bersedia?" Datuk Kadir memberitahu Dayang Anum. Dayang Anum tersenyum seraya menyahut:
"Sudah kekanda"
Maka berkasih sayanglah kedua mereka ibarat pengantin baru itu. Ketenangan malam di teratak itu cukup mengasyikkan dalam irama cengkerik dan unggas malam, berselit sedikit cahaya bulan di balik awan.

  Kita berkasih kita tercinta
  Dalam suasana tenang bahagia
  Mengharap zuriat tersemai jua
  Benih ditabur pada tempatnya

  Kasih ku ini kasih sejati
  Takkan pudar hingga ke mati
  Kasih besemi di dalam hati
  Cinta berahi tiada ganti

  Kelam sungguh cahaya malam
  Bulan terlindung di balik awan
  Jiwa teguh cinta tak padam
  Berkasih ibarat cinta awangan

Tak kala di tengah malamnya, setelah puas beradu asmara, Dayang Anum tertidur dalam pelukkan Datuk Kadir.
Bergema irama nafas Dayang Anum, diikuti Datuk Kadir dalam hatinya. Melihat isterinya terlena, dikucup dahi isterinya itu, irama tutong yang diketuk pengawal yang jauh sepelaung itu didengar Datuk Kadir, menandakan tengah malam telah berlalu. Datuk Kadir cuba melelapkan matanya, tangannya tak lepas memeluk Dayang Anum. Tertidulah kedua mempelai dalam kasih sayang yang sejati.

Dalam tidurnya, Datuk Kadir, didatangi Pak Maulana semula.

"Wahai Datuk Kadir, sahaya berbangga dengan usaha Datuk Kadir, Datuk Kadir sanggup mudik ke Hulu Saribas atas pesanan sahaya. Sahaya mengucap terima kasih. Ingatlah pesanan ini, besok pagi-pagi sebelum bangkit isterimu dari lena, pergilah ke kolam tempat kamu bersiram tadi petang, di situ tebanglah sepohon buluh yang besar, belahlah ruasnya yang ketiga, Datuk Kadir akan mendapat tuahnya." Terjaga Datuk Kadir dari mimpinya, terus teringat akan pesanan  Pak Maulana.

Nukilan Daud Ahmad

No comments: