GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI
Nukilan Daud Ahmad
Bab 3
Mentari pagi menyinari dengan tenang. Datuk Kadir masih bermenung di tepian tingkap. Sedikit demi sedikit cahaya mentari pagi menerangi bilik peraduan kasih, antara Raja dan Permaisuri negara Saribas di Istana Tandang Sari dalam Kota Sri Kadap.
Dayang Anum terjaga dari tidurnya. Tak kala bangkit dari peraduan perasaannya hairan, melihat kekanda suami tercinta Datuk Kadir, sedang bermenung di tingkap.
"Aduhai kekanda, apakah gerangan yang merusingkan fikiran kekanda, adakah adinda menguris perasaan kekanda dalam kata-kata adinnda, kalau ada ampunkanlah adinda. Kekanda seorang pentadbir negara yang harmoni di nusantara ini, tidaklah elok dalam pandangan rakyat jelata, sekiranya mereka menggetahui" Datuk Kadir dalam keadaan tersentak. Mendengar teguran isterinya beliau tersenyum penuh makna.
"Marilah kita pergi bersiram dahulu wahai adindaku, semalam antara lena dan jaga kekanda didatangi Pak Maulana, beliau ada pesanan untuk kita berdua adinda" Datuk Kadir terus bangkit dari tempat duduknya. Bersiap untuk bersiram bersama isteri tercinta.
Maka, diperintahkan dayang-dayang Istana Tandang Sari bersiap. Menyediakan segala persiapan Raja dan Permaisuri untuk bersiram di pagi itu. Segala kelengkapan telah disusun rapi dibilik prrsalinan dan kolam larangan tempat bersiram. Disediakan mandian tujuh jenis bunga,tujuh persalinan tidak sama warna dan tujuh gayong untuk setiap tujuh mandian bunga itu. Maka bersiramlah Raja dan Permaisuri , tak kala bersiram bergurindamlah segala dayang-dayang dengan gembira.
Cukup indah di waktu pagi
Hilang resah gundah di hat
Bersiramlah raja dan permaisuri
Negara Saribas cukup harmoni
Bersiram dengan tujuh mandian
Tujuh mandian tujuh bungaan
Tujuh bungaan tujuh persalinan
Tujuh persalinan teguh peradapan
Dari Saribas muncul Sri Kadap
Tandang Sari kukuh dan tegap
Rakyat sila datang mengadap
Kasih dihulur tidak terucap
Saribas indah dalam aman
Ada kota dalam taman
Siapa datang pasti berkenan
Terima kasih ucapan duluan.
Bercerialah seluruh isi Istana Tandang Sari pagi itu, suara para dayang istana berselola menghiburkan para pengawal istana. Para pengawal tersenyum sesama sendiri. Mereka bangga kerana dapat berkhidmat untuk Raja Saribas Datuk Kadir dan Permaisuri. Pagi itu seolah- pagi yang indah, bagi penghuni Istana Tandang Sari. Bahkan keceriaan itu turut dirasai penduduk Kota Sri Kadap. Unggas pun bersiul riang dalam taman larangan.
Maka selesailah adat bersiram kedua suami isteri itu. Datuk Kadir terus menitahkan pada ketua pengawal supaya menjemput semua pembesar negara datang mengadap di Istana Tandang Sari. Selepas itu kedua Raja dan Permaisuri bersantap dengan persantapan diraja.
Dipalulah gong dan semboyan diraja dibunyikan, menandakan ada perkhabaran penting yang hendak disampaikan oleh pihak Istana Tandang Sari. Gembiralah sekalian rakyat jelata mendengar perkhabaran itu. Terutamanya para pembesar negara, sudah pasti Datuk Kadir ingin mengadakan jamuan besar pada waktu itu. Maka penetapan haripun dibuat pihak istana. Para pembesar negara akan bersidang ,manakala rakyat dibuat jamuan. Semua rakya dijemput datang, maka tibalah hari pesta yang tiada dalam perancangan negara Saribas.
Yang gagah datang bermegah
Yang kaya datang dermawan
Yang miskin datang relawan
Yang capek datang berpimpin
Yang sibuk datang berehat
Yang lemah datang bersemangat
Yang fakir datang bersyukur
Yang lain dijemput hadir.
Itulah titah Datuk Kadir kepada semua rakyat Saribas. Maka berhimpunlah semua rakyat Saribas di Kota Sri Kadap.
Meriahlah Sri Kadap ketika itu. Cuma pembesar negara sahaja yang datang ke Istana Tandang Sari. Sedangkan jamuan untuk rakyat jelata dibuat di perkarangan istana. Di balairongseri Istana Tandang Sari, Datuk Kadir sedang bermesyuarat dengan para pembesar, manakala rakyat bergembira di perkarangan Istana. Sebelum perkhabaran gembira dilafazkan Datuk Kadir berdendanglah para dayang menghiburkan semua yang datang.
Terima kasih pucuk ubi
Parang tumpul memotong kayu
Aman sungguh Saribas ini
Keturunan Raja bangsa Melayu
Rakyat datang pelbagai tempat
Ada yang kaya miskin bertempat
Raja disayang penuh beradat
Rakyat dikasih dalam muafakat
Walau jauh datang berdagang
Dagang diharap kasih diuntung
Walau musuh datang bertandang
Hormati dulu sebelum dikepung
Dari gunung turun ke lautan
Lembah lurah dilalui jua
Dengarlah kalian raja berpesan
Khabar yang indah untuk semua.
Mendayu-dayu suara para dayang istana dengan berbalas-balas bunyinya. Irama yang lembut dan gemelai. Membuat semua yang hadir terhibur. Maka berpestalah kalinya. Hati Datuk Kadir dan Dayang Anum cukup gembira melihat rakyat negara Saribas yang sedang berpesta itu.
Nukilan Daud Ahmad
No comments:
Post a Comment